Kekal gembira. Hidup tidak selalunya indah ,langit tidak selalunya gelap
Segala yang berlaku dalam saat Hidup kita ,pasti ada hikmah di sebaliknya. Latih lah minda Dan akal supaya sentiasa tenang Dan rasional apabila dutimpa masalah atau pun ujian
Yakinlah bahawa Allah hanya memberikan ujian kepada hambanya yang dirindui
Bersyukur tika diuji kerana pada ketika itu Allah sendang merindui kita
Pandanglah masalah yang membelenggu diri sebagai satu nikmat yang tidak semua orang dapat nerasainya. Sebenarnya masalah atau ujian yang kita hadapi adalah guru yang paling baik di atas muka bumi ini .Setiap insan perlu sedar bahawa masalah yang menimpa Hidup kita tidak semestinya memberi kesan negatif kepada kita sebaliknya masalah adalah punca kegembiraan kepada Hidup kita.sebenarnya setiap insan yang diuji dengan masalah mampu nengatasinya, tetapi apa yang membuat seseorang itu gusar apabila diuji adalah pemikiran. Pemikiran yang sihat Dan rasional mampu membantu mengurangkan kerungsingan seseorang apabila dihimpit masalah.Antara tips untuk rasional dalam menyelesaikan masalah;
1.sentiasa bergantungan dengan Allah
2.sentiasa tenang tika diuji
3.sentiasa redha dengan ketentuan Allah
4.proaktif dalam menyelesaikan masalah
5.sentiasa tenang
6.kekal bersama Allah
7.banyakkan berdoa Dan membaca Al Quran
8.bertawakal kepada Allah
9.sentiasa ceria Dan gembira
10.sentiasa bersyukur kepada Allah.
Okay jadi diharapkan semua insan yang diuji dengan masalah sentiasa lah tenang dalam menyelesaikan masalah supaya sentiasa ceria dan gembira.
Sekian.wallahhua'lam.
No comments:
Post a Comment